Saturday 31 December 2011

Jom kenali AJ

Assalamualaikum...para pembaca yang dirahmati sekalian...

Yup seperti tajuk di atas...setelah beberapa hari mengalami 'kemurungan','kesunyian' dan perasaan yang tidak menentu, Alhamdulillah 2 3 hari ni menjadi titik mula untuk AJ mulakan hidup balik. Cukuplah semua mengenali diri ini dengan panggilan AJ. Seorang lelaki berusia lewat 20-an, berasal dari selatan, tinggal di sekitar Lembah Klang ( lokasi dirahsiakan ). Sudah pun bekerja dengan gaji yang cukup-cukup makan sampai hujung bulan. Nak belanja-belanja tunggu BONUS or duit OT je la...hehehehe. Kalau rajin memasak sebab nak menabung. Dan yang penting masih SINGLE....hehehehe.

Jom kenali latar belakang AJ dulu....

Family AJ di kampung biasa-biasa je...kata orang bahagia dalam sederhana walaupun kadang-kadang ada konflik antara adik beradik. Biasalah tu...Masa kecik ade sikit masalah kewangan sebab mak abah AJ kerja sendiri, berniaga...tu pun ada pasang surutnya. Ingat lagi dulu kecik-kecik mak abah selalu pinjam duit dari kawan-kawan berhutang untuk anak-anak termasuk la AJ. Besarkan pengorbanan diorang...

AJ plak dai kecik biasa-biasa je orangnya. Didikan agama Alhamdulillah, maklumla sape-sape yang asal selatan tau lah kan. Kat belah sana ada sekolah agama sampai Darjah Khas selain daripada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Dalam family plak hanya AJ sorang yang kerja paling best, gaji paling tinggi tapi AJ sorang juga lah yang paling 'jauh' dengan family. Adik beradik lain semua duduk dekat-dekat je kt sana.

...Kisah peribadi AJ secara ringkas...(AWAS....18SX sahaja...)


Seorang lelaki yang sejak berusia 18 tahun hidup BERISIKO...mengamalkan hubungan tanpa STOKIN...dan songsang...

Tak cukup daripada itu, AJ ambil pula dadah yang digunakan oleh 'golongan-golongan' macam AJ ni untuk mencapai KESERONOKAN dalam hubungan....

Tapi bab dadah ni baru setahun ni la ambil....so far memang boleh kontrol...tapi TEKAD sempena Tahun 2012 ni AJ nak tinggal dan buang jauh-jauh semua tu...bak kata INSAN yang AJ kenal melalui chatbox dalam blog akuhivpositif....Tuhan saje nak 'poke' AJ kali ni...dan tak sangka benda tu mendatangkan kesan yang amat mendalam pada AJ...apa pun Alhamdulillah dan syukur sangat Tuhan betul-betul bagi petunjuk pada AJ yang dah lama sesat....

Kenapa AJ buat blog dan apa kaitan dengan  'kemurungan','kesunyian' dan perasaan yang tidak menentu yang berlaku pada AJ....???


**Sila baca**

Tarikh 7/12/2011, tarikh yang tak akan aku lupakan sampai aku mati, atau lebih sesuai jika aku cakap tarikh aku mati. Bernyawa, berjasad, tapi semangat aku mati. 

Dari beberapa hari yang lepas, aku dapat rasa badan seperti mula mereput. Aku penat, aku tak larat, aku cuma boleh tahan 10 minit di gym. Aku sakit - sakit sendi tanpa sebab. Aku tak dapat tahan, badan naik merah- merah. 

Tak tau bagaimana, aku bangun satu pagi, aku terpanggil untuk buat HIV test. Test yang tak pernah aku fikir sebelum ni, aku tak pernah terfikir aku perlu buat test ini. Aku PLU, aku boleh main dengan lelaki, tapi 1 bulan sekali pun aku belum tentu cari jantan.
Aku lahir sebagai bisexual, tapi bisexual life sememangnya bukan cara hidup aku. 

Pagi - pagi aku ke klinik kerajaan, aku mahu cepat habis. Aku mahu masuk kerja half day, banyak kerja tinggal dekat ofis. Macam - macam perkara terlintas dalam kepala, aku cuba fikir positif, aku tahu something wrong dengan badan aku. Tapi bukan HIV, aku cuba yakin. Tapi mimpi ngeri akhirnya jadi kenyataan, awak positif.

Aku pucat, aku terkejut, aku cuba buat cool. tanpa sedar air mata aku mengalir. Aku tak dapat terima. Tapi ini kenyataan, semua persoalan kenapa aku sakit2 terjawab. Tapi kenapa aku? Kenapa aku boleh dapat!! Kepala aku gelap, dunia aku gelap. Semua yang aku plan untuk masa depan aku semua musnah. Aku tak boleh berkeluarga macam orang lain!, aku tak boleh ada property!, aku tak boleh plan career aku! Gym? buat apa lagi nak ke gym. Lama-lama kau jadi tengkorak hidup juga! Semuanya macam musnah, aku hidup untuk tunggu mati. Lama lagi.. 10 tahun

Hari ke-3, aku masih rasa semua macam mimpi. Mujur aku ada orang yang istimewa dengan aku yang bagi aku dorongan dan semangat, Dia tiada sebab untuk masih bersama aku, tapi dia pilih, walaupun kami tak pernah 'bersama'. Aku tekad buang hidup aku yang memang aku dari awal aku tidak dapat terima dan benci. Tapi aku manusia, aku buat salah yang aku tahu salah. 

Aku cari balik hidup yang aku tinggal, aku dekatkan diri dengan tuhan, yang lama aku tinggalkan, Hanya tuhan dapat bagi aku semangat, aku tak kuat nak hadapi semua ni. 

Hanya dengan tuhan aku tenang. . .

-----------------------------


Info macam mana aku boleh infected, ayat dah tak skema... :) :(

Harap semua ambil pengajaran dari ini, aku tak malu untuk cerita semua ni sebab aku tahu, korang tak kenal aku, dan tak pernah jumpa aku..

HIV Positive, biasanya dia akan prefer main bareback, dan akan cuba bagi kita drug bila kita insist untuk safer sex (with condom). Ada beberapa kali jumpa dia, malangnya kenal dia dari sini. Biasa main safe, tak cum dalam. tapi last sekali jumpa dia intentionally lepas kan precum dekat dalam (which actually bukan precum, tapi actual cum). walaupun selepas beberapa kali ingat kan jangan. Aku nekad aku tak nak jumpa dia start hari tu sebab dia hilangkan kepercayaan aku. tak sangka memang aku tak jumpa lagi tapi in extreme way. aku dapat tahu dia memang hiv, lepas aku korek dari dia bila dapat tahu aku hiv. Dia lansung tak rasa bersalah, dia tahu dia hiv, tapi dia still buat tanpa protection dan tak bagitahu sesiapa. dia kata dia infected dari 2004, bayangkan dah berapa ramai jadi mangsa dia. . . aku tak boleh nak buat apa2, aku rasa sakit hati dan sebak sangat bila dpt tahu mmg dia hiv, lansung tade harapan nak fikir test hiv tu false positif. aku tak sangka dalam dunia PLU ni ada orang yang macam ini. tak fikir pasal org lain. cuma fikir untuk kepuasan dia je. dunia ni kejam. orang macam ini kejam..



***
Orang yang tahu dia adalah pembawa hiv patut tahu perkara ini, jika dia masih mahu main bare itu bermakna dia mmg sengaja nk sebarkan virus ini..

Saya cuma kena sekali terus dapat ....

***



Tapi simptom infected hiv juga kdg2 sama dengan penyakit lain, yg buat i rasa x normal bila joint sendi lenguh sangat2.. dan ada gatal2 dekat tapak tgn, sbb x pernah ada sblm ini. 


***


uicide pun ada terfikir, tapi sy jenis yg byk berfikir, bila suicide lagi memalukan dan menyusahkan org disekeliling... sy cuba tenangkan diri.

actually dapat remind org lain dalam ni pun salah satu motivation sy, sy x harap dan x niat nak meraih kan simpati. tapi bila dapat advise n kata2 semangat dari kamu semua pun bagi sy support, ada juga beberapa org kenalan yang ambil berat.. kes sy sy tak dapat kaunseling dari doktor, cuma ada appoinment utk penilaian asas, check darah untuk check penyakt lain dan check severity hiv ..tunggu test ni dulu..
so far sy masih boleh tabah, saya dah inform one of my sis yang tinggal dekat.. yup dia show positif cuba bg support..

cuma sy mula sedih bila sy rasa takut untuk pegang niece yg rapat dgn sy, dan sy rasa mama dia pun mcm takut sy pegang anak dia.. lepas tu sy dapat pesan dari kwn lepas ni jangan sentuh org sangat.. diskriminasi dan stigma ni tak directly tapi cukup buat kita termenung dan sedih.. tak dpt bygkan bila ia jadi directyly. waktu tu tk tau nk hadapi macam mana, betul i need all the support i can.. belum masuk lagi time waktu jatuh sakit, kerja tak boleh , kompeni tahu..semua..

#14 yup ada kes false positif, sebab ada antibody lain dlm bdn, simptom hiv tak byk beza dgn simptom penyakit lain,, Satu lagi Lupus, lupus je sy ingat, macam sakit rama2 ape nth. antara simptom lupus, kulit rambut mengelupas ekstrem kelemumur..yg iini ada pada saya, tapi saya tak nak hope. sbb sy pernah ada hidup yg berisiko..kalau diizikan tuhan sy false positif, syukur sgt. 



***


Thanks pada yang terus bagi sokongan dan akan terus bagi sokongan,
Sokongan ini bukan pada saya sahaja, tetapi pada semua yang senasib dengan saya.
Semoga anda semua diberkati dan dipelihara dari Allah swt.

Tapi abaikan bila perlu, tak perlu bergaduh kerana saya. 

Untuk Tim dan Tukangurut, ye padan muka saya. tapi padan juga muka anda, jika anda terkena suatu hari nanti, disebabkan anda adalah golongan berisiko. tapi jika anda betul baca mesej yang saya cuba sampaikan, lansung tiada niat saya nak raih simpati atau apa2, kerana simpati atau apa sahaja at this state tdk membantu. Tapi saya tau mesej saya boleh membantu PLU yang masih baru dalam ini yang tidak tahu risiko yang mereka hadapi dengan memilih cara hidup ini. Saya tak tahu samada anda betul2 faham msg saya. Tapi jika anda lebih berhati2 selepas ini, at least mesej saya sampai ke anda.

Beringat? beringat macam mana sekalipun jika sudah pilih cara hidup macam ini, jika ditakdir dapat anda masih ada risiko untuk dapat. dan waktu itu adakah anda ready menghadapinya? saya dari kategori yang beringat dan sentiasa beringat, jarang sangat berjumpa chatez, tidak ke club, sex? saya boleh kira dalam setahun. tapi dengan cuma satu perjumpaan dan permainan bodoh, saya teperangkap selamanya, dan dengan sebab ini saya pada mulanya memang tidak dapat terima semua ini. Tapi saya akhirnya dapat redha dengan ketentuan ini kerana saya sendiri memilih cara hidup ini.

Apa yang saya concern adik2 umur seawal 17 tahun dah terdedah pada benda2 macam ini tanpa pengetahuan diaorg. sayang sgt life diaorg. even mamat hiv yang saya cakap ni pun ada jumpa student2 kolej orang kita. dan saya rasa ramai lagi yg tak tau status dia atau kategori yang tau, tapi still doing it tanpa protection. Mungkin ada yang tidak dapat terima apa yang saya cakap sebab mereka tergolong dalam golongan tersebut. tapi minta beringat jangan rosakkan precious life orang lain. 

Saya dah agak lama seminggu lebih tak login website ni, sebab saya rasa tugas saya dah selesai di website ni. thanks for keeping this forum up. thanks for your support guys. 

Although part of me is already died, things happened, life must go on... only shorter and emptier =)



Harap semua ambil pengajaran dari ini, aku tak malu untuk cerita semua ni sebab aku tahu, korang tak kenal aku, dan tak pernah jumpa aku. sebab aku jarang jumpa orang. aku ralat beberapa session ni yang hancurkan hidup aku.. aku banyak buat silap dalam hidup aku, tapi yang ini tiada turning back. Ingat la semua. fun tak kemana, Kita mungkin dilahir macam ini, tapi kita tidak dilahir untuk pilih cara hidup ini..

Allahuakhbar....AJ baca semua ni masa di pejabat, walaupun tengah duduk rasa memang nak pitam...masa tu hari Jumaat, berkat Hari Jumaat AJ terimbas semua 'dosa-dosa' yang AJ dah buat...


Dari forum mamat kat atas ni...AJ cuba check diri balik ada tak tanda-tanda yang sama...AJ terkejut tengok ruam-ruam pada badan....AJ keliru dan sangsi....


Atas nasihat kawan-kawan yang boleh dipercayai...AJ telah pun selesai 1 Rapid Test tapi doktor minta AJ lakukan sekali lagi....dan keputusannya.....


Apa pun keputusannya...AJ berjanji dengan Allah, AJ tekad berubah, bertaubat....




Life AJ lepas baca 'entry' di atas dan setelah terjumpa blog AHP


...mula-mula memang nak gila...AJ menangis kat rumah, termenung sampaikan kawan-kawan yang selalu lepak dengan AJ pelik dengan AJ....dah la tu AJ duduk sorang...


Tapi bila AJ dah jumpa blog AHP, 1 je yang AJ sematkan...apapun keputusan nanti, AJ akan berubah. Tuhan nak AJ berubah jadi dia bagi masa kat AJ. Tak semua dapat hidayah macam ni. AJ bukan membangga diri tapi AJ positifkan diri.


Pagi tadi sebelum buat entry hari ni, AJ mengemas rumah...sambil menyapu kadang-kadang AJ berdebar...tak semena-mena AJ berdoa pada Allah minta kuatkan semangat dan berikan yang terbaik untuk AJ **tapi bukanlah berdoa sambil angkat tanga, kira macam bermonolog sendiri la ** Zikir pun tak lekang dari hati ni....


Betul kata AHP, pengalaman AHP membuatkan setiap saat itu adalah berharga....:)


Apa pun result, sebagai manusia biasa mungkin AJ akan bersedih...tapi insyaAllah, Solat, Al-Quran dan blog AHP menjadi penenag AJ....








AJ : sejak dapat kerja, sejak rasa diri 'dah besar' ada 1 ayat yang AJ pegang kalau ditimpa masalah...kalau kita ditimpa masalah, percayalah kita juga akan mampu mengatasinya...insyaAllah :)

Friday 30 December 2011

akhir 2011....

dibawah ni adalah kata-kata semangat untuk diri saya untuk akhiri 2011....

' AJ....its a new life...Tahun baru


Fasa baru...redha dan ikhlas...


Rasa 'down', tarik nafas dalam-dalam pastu lepas...insyaAllah....


Ingat zikir Hasbi Rabbi...


Allah dengan kita....


Senyum dan mulakan kerja macam biasa...:)'

....pastu saya pastekan pic SMILE kt bawah sekali....then saya print 5 copy...sy letak kt setiap sudut, fail yg akan saya buka bila masuk kerja 3 Januari nanti....mungkin saya boleh kongsi untuk semua juga....

Salam tahun baru 2012....

-AJ- 17.31 30/12/2011

Hasbi Rabbi...

Assalamualaikum....

...simple je nak tulis hari ni. Perasaan lebih senang hari ni drpada semalam dan sebelum-sebelumnya...entahlah mungkin setelah berborak dlm chatbox kat dlm blog AHP, satu tautan kasih sayang...scaring yg dpt sy tuliskan di sini...mcm ni la...untuk starting biar saya gelar diri saya AJ...:)

Alhamdulillah, bak kata 'Insan'...bila kita rasa kosong, sunyi....ucaplah Hasbi Rabbi Jallallah...satu perkongsian yang hebat...

Apa pun keputusannya esok AJ kene terima dengan redha dan AJ bersedia....yang PASTI AJ akan berubah sedikit demi sedikit, bertaubat daripada melakukan segala kemungkaran...insyaAllah Tuhan akan membantu....

Pagi2 tadi agak tak bersemangat...entahla lately tidur pun senang terjaga...tak perlu kejut...lepas siap-siap nak pegi kerja tengok MHI, WARDINA yg comel tu last day kt set MHI...akan bersara katanya...so ada la slot2 imbasan...tak pasal2 AJ tertonton 1 imbasan tentang mereka-meraka yang dah pergi...macam Ahmad Jais, Ibu kepada kembar lelaki yg pernah keluar dulu ( x ingat nama )....tiba2 hati jadi sebak...entah bila pula 'diri' ini akan dipanggil...tapi sekurang2nya ada manusia yang beruntung sbb dia mendapat 'isyarat' sebelum dipanggil...entah lah...yang penting selalu doakan kita mati dalam Husnul Khotimah dan tidak dalam keaiban....**saya dpt dari AO dan blog AHP, thanks ye**Tapi AJ ketepikan rasa kesedihan tu dengan mula bergaul balik dengan teman-teman sepejabat. Alhamdullillah perasaan kembali pulih....

Semoga hari ni berjalan lancar dan esok juga diberi kekuatan dan keputusan yang baik insyaAllah....

K lah, AJ nak sambung kerja....jumpa lagi nanti...:)

14.57 30/12/2011

Thursday 29 December 2011

Dunia yang kian kosong....

Allahuakhbar.....

Aku tak pernah berblog.....tanggal 22/12/2011 aku mula peka dengan blog sebab apa tau...sebab aku rasa takut nak dekat dengan kawan-kawan....aku terbaca satu entry dalam satu laman web yang seakan-akan menampar muka aku yang selama ini BONGKAK...EGO...ANGKUH....dan kali ni tamparan tu sangat hebat buat aku...nasib baik masa aku baca tu aku tengah duduk tapi still rasa nak pitam...entahlah...kredit tu pada pemilik entry tersebut kerana benar-benar telah berjaya memberi kesan pada saya...

Aku pergi kerja macam biasa tapi hati terawang-awang....aku balik kampung tanggal 24 - 27 Disember, pun aku rasa kosong....teringin nak peluk abah dengan mak...teringin nak bergaul mesra dengan adik-adik dan anak-anak buah tapi seakan ada 'sesuatu' menghalang....

Aku lihat wajahku dicermin, dah la muram tidambah lak kesan-kesan ruam dan menmgelupas kat muka aaku ni....sayu jer....jauh aku fikirkan....

29 Disember...aku mengharap sesuatu yang positif....dari Tuhan yang sudah lama aku menjengukNya....5 minit pertama aku mengucap, berzikir....Alhamdulillah...semuanya positif....aku kegirangan...selepas 20 minit...aku menjadi sangsi semula...gundah gulana...tapi masa tu kat pejabat tengah ada jamuan so cuba control...

31 Disember nanti sekali lagi akan aku cuba dapatkan sesuatu yang positif....insyaAllah Tuhan Maha Penyayang Maha Pengasih Maha Pengampun....4 Januari, 20 Mac, 20 Jun 2012 adalah tarikh yang sangat mendebarkan....apa sahaja keputusan kala itu akan ku terima dengan redha, insyaAllah...hidup kita sudah ditentukan....

Apapun penantian itu sangat menyeksakan...aku akan rasa kosong sepanjang waktu ini...taapi aaku ada Tuhan yang sentiasa mendengar rintihan aku insyaAllah....

Apa yang aku runsingkan insyaAllah akan aku kongsikan setapak demi setapak...sedikit demi sedikit...apa pun jawapannya itu nanti...aku tekad untuk berubah ke arah kebaikan....insyaAllah...

Alhamdulillah dengan berblog ini akan mengisi segala 'kekosongan' yang aku rasakan itu....

ok lah nak tengok cerita tentang dhia last episode...:) 19:02 29.12.2011