Saturday 7 January 2012

Hari Kiamat 2012


"...Salam Tahun Baru 2012...semoga apa yang dihajati tercapai DAN BUATLAH AMAL BANYAK2 sebab 2012 MUNGKIN TAHUN TERAKHIR KITA HIDUP...."

SMS yang AJ terima masa tahun baru hari tu. Agak kasar bunyinya kan tapi peringatan yang bagus mungkin. Tapi sejauh mana kebenaran tentang kiamat akan berlaku pada tahun 2012 ni?? Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun tak dapat nak mentafsir bila kiamat akan berlaku cuma apa yang PASTI kiamat AKAN BERLAKU dan kita sudah pun berada di akhir zaman. Apa persediaan yang kita dah buat? AJ tak nak sentuh banyak pasal persediaan masing-masing ambil maklum terutama bagi yang MUSLIM. Kita usaha dan tawakal pada Allah moga segala amalan kita cukup untuk bekaalan di akhirat kelak insyaAllah. So kita berbalik tentang ramalan kiamat pada TAHUN 2012. 


Artikel-artikel yang AJ jumpa dalam internet kebanyakannya berkaitan dengan tafsiran kiamat menurut Kaum Maya ( Mayan ). Kaum Maya ialah satu kelompok manusia yang tinggal di tengah-tengah rimba di Amerika Selatan. Maya terkenal dengan binaany piramidnya peninggalan-peninggalan sejarah lain serta lukisan-lukisannya yang berharga.Kau ini terkenal dengan kebijaksanaan mereka dalam bidang Matematik dan bidan Astronomi. Kiamat pada 21 Disember 2012 telah pun dtcatit dalam kalendar kaum ini.

Dalam kalendar Kaum Mayan ( sebelah tu...) meramalkan bahawa antara 1992 - 2012 adalah satu masa 'pembersihan' bumi dan selepas Tahun 2012 peradabab baru manusia akan ujud. Ahli - ahli saintis barat menyangkal dan cuba menghapuskan andaian-andaian ini tetapi dengan beribu-ribu manusia masih menganggap ianya sesuatu yang serius. Seorang pekerja makmal di Belgium Patrick Geryl membuat kenyataan "...anda perlu faham tiada apa-apa yang akan tinggal...kita terpaksa memulakan fasa kehidupan baru berula dari akar seperti zaman dahulu kala...". Patrick telah pun berhenti kerja sejak dua tahun yang lepas selepas 'tabungannya' diajangka mencukupi sehingga akhir 2012. 


Sebenarnya selain daripada teori dan ramalam tentang Kiamat akan berlaku pada 2012 terdapat juga beberapa ramalan sebelum ini yang ternyata 'PALSU'. Diantaranya ialah :

( 1 ) CHARLES seorang paderi kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945 pukul 5.33 pagi


( 2 ) CHARLES LAUGHEDA seorang doktor seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dashat akan terjadi pada 20 Disember 1954


( 3 ) Ada pihak pula meramalkan bahawa kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960 pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika


( 4 ) Ahli Astrologi India juga penah meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 antara jam 12.05 tengahari sehingga jam 12.15 tengahari



" Mereka bertanya kepadamu ( wahai Muhammad ) tentang Hari Kiamat : Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada disisi Tuhanku tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. ( Huru Hara ) Hari Kiamat itu amatlah berat ( menggerunkan makhluk-makhluk yang ada ) di langit dan di bumi ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut : Surah Al-Araf ayat 187 "

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Hadith di atas berkaitan kiraan 1 Ramadhan 2012 jatuh pada 20 Julai ( Jumaat ) manakala 15 Ramadhan pula jatuh pada 3 Ogos ( Jumaat ) . 2/3 penduduk bumi akan lenyap yang tinggal hanyalah 1/3 dan AJ mendapat maklumat TAMBAHAN menyatakan bahawa 2/3 yang lenyap itu adalah orang-orang yang beriman manakala 1/3 pula orang-orang yang ingkar/ kafir dan mereka ditinggalkan kerana ingin melihat sejauh mana mereka menghadapi keadaan ini  ** kalau salah minta betulkan ** . Agak-agaknya kita ni tergolong di golongan yang mana...wallahualam. 

Apapun di sini KIAMAT dan MATI itu adalah benar. Orang yang beriman akan patuh pada suruhan Allah 
tanpa mengedahkan bilanya berlaku Kiamat. Nabi S.A.W mendidik kita untuk belajar memperkukuhkan iman dahulu barulah belajar agama. Dengan iman pasti ada agama TETAPI ada agama belum tentu imannya juga ada. Perbanyakkanlah amalan sebagai bekalan kita di akhirat kelak.

AJ : Kita sentiasa MUDA untuk melakukan sesuatu dosa tetapi tidak pernah TUA untuk bertaubat.

Rujukan :

- AJ - 3:11 p.m 7/1/2012


No comments:

Post a Comment