Wednesday 11 January 2012

Terlupa Bacaan Doa Qunut

Menurut Mazhab Imam Syafie, bacaan Qunut dalam solat Subuh tergolong dalam sunat Ab'adh iaitu perkara sunat dalam solat yang mesti dilakukan. Sama seperti perbuata membaca Tasyahhud awal, selawat ke atas nabi selepas Tasyahud awal, selawat ke atas keluarga nabi selepas Tasyahhud akhir, duduk bagi membaca Tasyahhud awal dan akhir serta selawat ke atas nabi dan ahli keluarga selepas Qunut.

    Jika seseorang tertinggal atau meninggalkan satu sunat Ab'adh, maka sujud Syahwi disyariatkan sebagai ganti atau untuk menampung kekurangan tersebut di dalam solat. Bacaan sujud Syahwi adalah SAMA seperti bacaan SUJUD YANG BIASA. TIDAK ada dalil mengenai bacaan sujud Syahwi seperti mana yang dipelajari iaitu " Subhana Malla Yanamu Wa La Yashu " . Untuk penjelasan lebih lanjut, sila klik ( BICARA MUSLIM ) atau ( AL-AHKAM ) . 

    Sujud Syahwi dilakukan SELEPAS Tasyahhud akhir SEBELUM salam sebanyak 2 kali dan diakhiri dengan salam. Bagaimanapun jika anda terlupa juga untuk membuat sujud Syahwi selepas salam atau jahil mengenai perkara terbabit, maka solat anda tetap SAH.



Sumber :
- bicaramuslim.com
- www.metro.com.my
- mzubairafandi.blogspot.com

AJ : Sebelum ni memang keliru dengan bacaan sujud SYAHWI but now Alhamdulillah CLEAR :)

- AJ - 4:22 p.m 11/1/2012

No comments:

Post a Comment