Friday 6 January 2012

Kelebihan Hari JUMAAT

Hari Jumaat ialah penghulu segala hari.Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril a.s “Apakah yg diperuntukkan kepada umatku?” Jibril a.s menjawap” Hari Jumaat dan Syurga dihadiahkan kepada umatmu semata-mata kerana Rahmat Allah”Hari Jumaat adalah hari pertemuan para nabi,maka ALLAH SWT menjadikan pertemuan umat Muhammad SAW pada hari jumaat,iaitu ketika mereka melakukan sembahyang jumaat.ALLAH mengundang para hambanya utk bertemu pada hari jumaat. Dari Abu Hurairah,katanya Rasulullah SAW bersabda” Pada hari jumaat ada satu saat,yang mana jika tepat waktunya seorang muslim mengerjakan solat dan meminta sesuatu kepada ALLAH SWT melainkan ALLAH SWT akan memberikannya.


(...pejabat di tengah-tengah antara Masjid dan rumah. Masa sebelum kene 'POKE' dengan Allah sebelum ni, time Jumaat AJ lebih RELA balik rumah...TIDUR. Masa tu rasa nikmat yang teramat. Sekarang Alhamdulillah pintu taubat dan hidayah Allah ada dimana-mana, malah bertafakur sekejap di Masjid selepas Solat Jumaat akan diteruskan dan diamalkan InsyaAllah...)

Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan pernikahan kerana para anbiya pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut.Hari Jumaat sangat besar disisi ALLAH ,bahkan lebih besar daripada Hari Aidil Fitri dan Hari Aidil Adha .Hari Jumaat juga adalah hari keampunan dan barakah,terpelihara dari fitnah kubur dan hari yang paling afdal dalam seminggu.ALLAH SWT melepaskan mereka daripada api neraka enam ratus ribu kemerdekaan pada tiap-tiap hari jumaat dan barang siapa mati pada malamnya atau pada harinya ditulis baginya pahala syahid dan terpelihara daripada fitnah kubur dan azab api neraka.

(...wah...kalau ada jodoh nanti nak plan nikah Jumaat juga lah...hehehehe. Sebelum ni tak tau fadilat nikah hari Jumaat...fadilat 'Malam Jumaat' tau la...hehehehe...)

Pada hari jumaat juga ALLAH menjadikan Nabi Adam dan hari jumaat juga dia wafat,pada hari itu juga akan ditiupkan sangkakala dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk,maka perbanyakanlah membaca salawat.Pada hari jumaat dikumpulkan ahli-ahli syurga untuk melihat ALLAH.Hari jumaat sangat besar disisi ALLAH dan mulia disisi Malaikat.Seluruh umat Islam wajib membesarkannya dengan menutup semua activity perniagaan dan mengistiharkannya cuti untuk ibadah- Rahsia dan Kelebihan Hari dalam Islam.


AJ : Islam itu indah. Banyak kelebihan yang Allah kurniakan teruatama pada hari Jumaat. Tapi pada akal dan sifat manusia biasanya hari Jumaat ni adalah waktu rehat yang paling panjang  ** alamak!! tetiba teringat penah kot tengok movie kat panggung time Jumaat...Astagfirullah, moga Allah mengampuni ku ** . Selain daripada tu hari Jumaat juga dianggap hari paling seronok sebab masing-masing dah excited nak bercuti hujung minggu. Semoga kita mempunyai kesedaran InsyaAllah :)

- AJ - 4:30 p.m 6/1/2012

2 comments:

  1. Wah Aj penulisan semakin bagus taniah!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...blog ni utk rujukan umum juga...kadang2 kita dah belajar dan tau...tapi kadang2 juga kita boleh lupa :)

    ReplyDelete