Wednesday 18 January 2012

Kisah Murtad 2


    Pada usia Hartina 18 tahun, dia di'lepas'kan ke KL untuk bekerja oleh bapanya. Setelah 9 bulan berada di KL, dia pulang ke kampung dengan membawa 'kejutan' untuk keluarganya. Hartina pulang bertemankan seorang lelaki india yang diisytihar sebagai teman lelaki Hartina, tak cukup itu kawan-kawan lelaki itu pun ada juga beberapa orang mengikutinya pulang ke kampung. Hartina pulang ke kampung dalam keadaan ketika itu dia telah menganuti agama Hindu dan 'tanda' di dahinya begitu jelas.

    Dihadapan kedai tempat berniaga Haji Kamarudin, dengan dalam keadaan yang sangat terkejut dan marah, tanpa memikirkan keselamatan dirinya Haji Kamarudin tekad menyerang lelaki india tersebut sehingga cedera. Adik lelaki Hartina juga turut serta dalam 'peperangan' itu semata-mata ingin menyelamatkan akidah kakaknya. Apa yang menyedihkan, serangan bapanya itu dibalas oleh kawan-kawan teman lelaki Hartina sehingga bapanya itu menggelupur tersungkur kesakitan.

    Tidak cukup dengan itu, Hartina hanya membiarkan bapanya itu menggelupur kesakitan dan terbaring. Hartina ke balai polis dan membuat report menyatakan bahawa bapanya memukul teman lelakinya ketika itu. Haji Kamarudin dan anak lelakinya itu ditangkap dan dipenjarakan 14 hari atas kesalahan seperti yang didakwa oleh anaknya itu. Hartina juga telah membuat penukaran nama daripada Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari, betapa rasa terhinanya Haji Kamarudin ketika itu.

    Setelah dilepaskan, Haji Kamarudin dirawat dihospital tetapi dia kembali ditangkap oleh pihak polis kerana menjadi suspek utama kes tembak menembak yang melibatkan kawan-kawan teman lelaki Hartina itu. Sehingga hari ini, dikatakan Haji Kamarudin menanggung 4 tuduhan hanya kerana Hartina and the gang .


    

No comments:

Post a Comment