Wednesday 18 January 2012

Kisah Murtad 2


    Pada usia Hartina 18 tahun, dia di'lepas'kan ke KL untuk bekerja oleh bapanya. Setelah 9 bulan berada di KL, dia pulang ke kampung dengan membawa 'kejutan' untuk keluarganya. Hartina pulang bertemankan seorang lelaki india yang diisytihar sebagai teman lelaki Hartina, tak cukup itu kawan-kawan lelaki itu pun ada juga beberapa orang mengikutinya pulang ke kampung. Hartina pulang ke kampung dalam keadaan ketika itu dia telah menganuti agama Hindu dan 'tanda' di dahinya begitu jelas.

    Dihadapan kedai tempat berniaga Haji Kamarudin, dengan dalam keadaan yang sangat terkejut dan marah, tanpa memikirkan keselamatan dirinya Haji Kamarudin tekad menyerang lelaki india tersebut sehingga cedera. Adik lelaki Hartina juga turut serta dalam 'peperangan' itu semata-mata ingin menyelamatkan akidah kakaknya. Apa yang menyedihkan, serangan bapanya itu dibalas oleh kawan-kawan teman lelaki Hartina sehingga bapanya itu menggelupur tersungkur kesakitan.

    Tidak cukup dengan itu, Hartina hanya membiarkan bapanya itu menggelupur kesakitan dan terbaring. Hartina ke balai polis dan membuat report menyatakan bahawa bapanya memukul teman lelakinya ketika itu. Haji Kamarudin dan anak lelakinya itu ditangkap dan dipenjarakan 14 hari atas kesalahan seperti yang didakwa oleh anaknya itu. Hartina juga telah membuat penukaran nama daripada Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari, betapa rasa terhinanya Haji Kamarudin ketika itu.

    Setelah dilepaskan, Haji Kamarudin dirawat dihospital tetapi dia kembali ditangkap oleh pihak polis kerana menjadi suspek utama kes tembak menembak yang melibatkan kawan-kawan teman lelaki Hartina itu. Sehingga hari ini, dikatakan Haji Kamarudin menanggung 4 tuduhan hanya kerana Hartina and the gang .


    

Monday 16 January 2012

Kisah Murtad 1


NOR AISHAH BOKHARI

    Aisyah adalah gadis melayu biasa yang dihantar ke sekolah agama, belajar hingga ke tingkatan 6 atas dan layak menjadi Ustazah jika diizinkan Tuhan dan dia juga sebenarnya layak melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Universiti Al Azhar. Berlatar belakangkan keluarga yang warak, bapa dan datuknya merupakan seorang Imam dan yang lebih menakjubkan dia menghafal surah-surah di dalam Al-Quran terutama surah-surah azimat. Betapa hebatnya kurniaan Tuhan kepada Aishah tapi hebat juga dugaan yang Tuhan turunkan untuk Aishah. 

    Selepas tamat persekolahan, Aishah melanjutkan pelajaran ke ITM (UiTM) dan terlibat dalam gerakan Islam di sana. Dia amat mengetahui kelemahan-kelemahan kitab Bible. Jika dipandang luaran fizikal Aishah, dia sama sahaja dengan pelajar perempuan lain, memakai tudung dan baju kurung bunga-bunga. Seorang anak yang sentiasa mengambil berat dan patuh pada ibu bapanya. Hampir setiap hari dia menelefon ibu bapanya untuk bertukar-tukar cerita dan bertanya khabar.

    Sehinggalah satu hari, tanggal 19 November 1997, Aishah menelefon bapanya " Assalamualaikum ayah! Ni Intan cakap.Intan nak bagitahu,Intan dah kristian " (Intan nama panggilan Aishah dalam keluarga) . Bayangkan betapa hancur dan luluhnya hati seorang bapa apabila mendengarkan semua itu. Didikan yang sempurna, pemantauan yang rapi diberikan selama mana ibu bapanya mendidik Aishah sehingga dewasa. Haji Bokhari hanya terdiam dan mampu menangis kebingungan.

    Nur Aishah telah melantik seorang peguam cina kristian bagi menukar agamanya. " Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aishah Bokhari untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aishah MENOLAK DAN MENINGGALKAN AGAMA ISLAM...Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibu bapa, abang dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik "

    Menurut peguam Aishah, permohonan dibuat bagi tujuan membebaskan seseorang yang didakwa ditahan secara salah. Permohonan dibuat di bawah BAB 36 atas alasan ARTIKEL 11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN iaitu HAK KEBEBASAN BERAGAMA

(...ikuti kisah-kisah seterusnya dan fakta-fakta yang boleh dihighlightkan untuk pengetahuan dan renungan bersama...)

AJ : Ya Allah Yang Maha pengasih, pengampun dan Penyayang, engkau berikanlah rahmatMU kepada kami, hidayahMU kepada hati-hati kami supaya kami sentiasa TETAP IMAN dan sentiasa berada di jalan yang lurus. Andai kami terpesong, berikanlah petunjuk dan bimbinglah kami semula untuk terus mentaati perintahMU dunia dan akhirat.

- AJ - 2:47 p.m 16/1/2012


Friday 13 January 2012

Tuhan Bersama Kita : Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot


AJ kongsikan cerita sebenar luahan hati Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot yang diperolehi dari FaceBook dan Twitter. Kita cuba kaitkan setiap apa yang berlaku pada ketika itu dengan kuasa Tuhan. Maha Suci Allah yang sentiasa mendampingi kita.

*Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot*
 Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam SHHHHHH” katanya. Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?
( AJ : AJ tabik dengan Wardina yang tetap IMAN, dalam keadaan yang paling getir beliau masih memikirkan aurat beliau. Allah Maha besar. Semoga kita juga dikurniakan sifat yang begitu, Allah tetap nombor 1, InsyaAllah )


*Wardina*
Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi. Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersemat dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, Syukur Ya Allah” Alhamdulillah” dan“Innalillah bermain di bibir sejak pagi tadi.
( AJ : Ucapan zikir akan membuatkan hati rasa tenang dan redha,insyaAllah. Redha itu ikhlas...Syukur kerana semua keluarga Wardina selamat, Alhamdulillah kerana dugaan yang datang mengingatkan kita untuk kembali pada Allah, Innalillah atas musibah yang Allah turunkan tetapi Allah turunkan sekali penyelesaiannya )


*Wardina Saffiyah*
Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran kepada mereka Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya. Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, mempertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.
( AJ : Wardina dan Suami adalah contoh terbaik muslim yang AJ pernah jumpa walaupun mungkin secara maya, mempertahankan maruah agama dan diri dalam keadaan getir )


*Wardina Saffiyah*
Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran. Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. Naughty man, Ummi kata Imran pada saya. Dia hit ayah Imran katanya.Imran tak de sword, Imran katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.
( AJ : Wardina sempat lagi terfikir 'kisah silam' perompak-perompak tersebut. Selalu bersangka baik dan POSITIF. Wardina TERBAIK!!!! )


Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya Barang kemas mana?” Ikhwan berkata Jangan sentuh dia, dia tak ada tudungMasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia. Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.
( AJ : Ikhwan contoh suami terbaik, pertahankan 'haknya' dan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ketua keluarga. Pesanan Wardina untuk kita semua : " Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga " )


Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusun rapi. Rak demi rak buku di dalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam. Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.


"Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk Nya,tidak mengantuk dan tidak tidur.Kepunyaan Nya apa yang ada di langitdan di bumi.Siapakah yang dapat memberisyafaat disisi Allah tanpa izin Nya?Allah mengetahui apa-apa yang di hadapanmereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikendaki Nya.Kursi Allah meliputi langit dan bumi.Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan allahMaha Tinggi lagi Maha Besar."




"Katakanlah wahai Muhammad"
"Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk"
"Dari bencana makhluk-makhluk yang diciptakan"
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk"
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus pada simpulan-simpulan"
"Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya"









*Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot*
Saya, Amna dan Azra membacanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.
( AJ : Allah Maha Besar, Maha Mendengar, Maha Penyayang...maka ianya terbukti di sini. Segala kejadian, permasalahan Tuhan tetap akan datangkan penyelesaian )



*Wardina dan suami*
Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimuSaya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia. Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?” Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.









...Video yang diambil dari Youtube...





AJ : Utamakanlah agamamu walau dalam apa keadaan sekalipun. Jadilah seorang pemimpin yang hebat menentang segala kejahatan dengan kekuatan Iman dan Taqwa. Dugaan Allah turunkan bukan untuk menyusahkan umat manusia malah Allah turunkan sekali dengan penyelesaian untuk kita laksanakan. Allah ada bersama kita, melihat apa yang kita lakukan, mendengar apa yang kita minta. " Ingatlah aku dan aku akan mengingatimu "...Wallahu alam.

- AJ - 3:28 p,m 13/1/2012


Thursday 12 January 2012

Murtad


*sakit kene gigit nie...*
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah S.A.W berpesan  " Bersegeralah kamu melakukan amalam soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak " Sahabat bertanya " Apakah fitnah besar itu ya Rasulullah?...Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir, petang Islam, pagi kafir balik " Sahabat bertanya lagi " Mengapa begitu ya Rasulullah? " Rasulullah S.A.W menjawab " Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia " Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, " Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap "

*JAUHI ROKOK...selamatkan ISLAM*
    Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Henry Ford (pembuat kereta Ford) pernah menulis berkaitan yahudi tahun 40an atau 30an dahulu di dalam bukunya 'International Jew'.Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Yang paling jelas ialah ROKOK. Setiap sebatang rokokng yang kita beli ada sahamnya kepada puak Yahudi. Kita sebagai umat Islam perlu ambil semua ini sebagai iktibar. Taktik terbaru mereka, letak SEBIJI BOLA di tengah padang stadium, berpuluh ribu umat Islam TIDAK MENUNAIKAN SOLAT. Astagfirullah, tu tak termasuk lagi yang kat rumah.

*sekadar hiasan*
Dikisahkan, sejak kalah di dalam perang salib yang terakhir, sebelum pemerintah ketika itu mati (namanya tak dapat dikesan) sempat menulis wasiat yang ditulis dengan emas di Kota London. " Kepada semua pemimpin - pemimpin KRISTIAN, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar. Kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan AKIDAH yang ada pada mereka. Sebab itu Islam MENANG walaupun 30,000 tentera mereka dengan 30,000 tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati Syahid. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan IDEOLOGI, FAHAMAN dan BUDAYA  ke atas orang ISLAM" . Wasiatnya berjaya dilaksanakan. Pada tahun 1492, Kerajaan Islam Andalusia yang paling agung tumbang di tangan Kristian. Kerajaan Islam Melaka pula tumbang pada tahun 1511 diikuti kerajaan Islam Pattani. Selain tumbangnya kerajaan Islam di Kedah, kerajaan Islam Mindanao dan kerajaan Islam Acheh juga tumbang. (tarikh tidak dapat dinyatakan)

Penyebaran Agama Kristian di Malaysia

*sekadar hiasan*
    Mubaligh Kristian yang datang ke Asia menggunakan kaedah 'GARAM dan RAGI'. Garam sebagai perasa dan ragi untuk penapaian. Sebagai contoh ubi kayu yang mana asalnya ialah ubi kayu, diletakkan ragi, esoknya masih lagi kelihatan seperti ubi kayu tetapi sebenarnya sudahpun menjadi tapai. Begitulah kaedah yang digunakan. mengekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Melalui sistem pendidikan di Malaysia, kita lihat banyak nama mubaligh kristian diguna pakai seperti CONVENT dan SAINT. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim melayu meninggalkan sistem kemasyarakatan atau apa yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut DIGALAKKAN terus mengamalkan apa yang diamalkan selama ini. Justeru itu, ragi tetap wujud dalam keutuhannya. Penyebaran agama kristian terserlah dalam sifat kerohanian bukannya organisasi. Ianya bersikap kalam malah kesegarannya dirasa. Ianya juga tidak bersifat formalistik malah bersifat Dinamik.

    Kristian tidak menganjurkan ahli melayunya menjadi ahli baru kristian yang rasmi, menyendiri dan terpisah dari masyarakatnya TETAPI memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesu bagaikan sebutir ragi yang bertindak sebagai proses penapaian ke atas seluruh masyarakan Melayu Islam. Akhirnya satu masa nanti, orang Islam Melayu tanpa dipaksa akan buat revolusi untuk menjadi kristian. Lihat sahaja sekarang ini beberapa pertubuhan yang kebanyakan ahlinya ialah orang Islam Melayu tanpa kita sedar seperti KELAB ROTARY, KELAB LION, BULAN SABIT MERAH, ST.JOHN'S AMBULANS. Lihat sahaja pada PALANG kemegahan mereka. Mereka masuk dengan menghidupkan sekularisme yang mengasingkan antara agama dan kehidupan dan itulah kita hari ini. Wahai masyarakat Muslim, bangkit dan bertindaklah samada dengan tangan, mulut ataupun dengan cara yang paling lemah sekali iaitu hati.



AJ : " ...Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagiaan. Wahai Rabb, tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian. Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya dan bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan yang diredhai... "
- Kisah / Fakta MURTAD akan ada sambungannya nanti...tunggu...

- AJ - 2:26 p.m 12/1/2012

Wednesday 11 January 2012

Terlupa Bacaan Doa Qunut

Menurut Mazhab Imam Syafie, bacaan Qunut dalam solat Subuh tergolong dalam sunat Ab'adh iaitu perkara sunat dalam solat yang mesti dilakukan. Sama seperti perbuata membaca Tasyahhud awal, selawat ke atas nabi selepas Tasyahud awal, selawat ke atas keluarga nabi selepas Tasyahhud akhir, duduk bagi membaca Tasyahhud awal dan akhir serta selawat ke atas nabi dan ahli keluarga selepas Qunut.

    Jika seseorang tertinggal atau meninggalkan satu sunat Ab'adh, maka sujud Syahwi disyariatkan sebagai ganti atau untuk menampung kekurangan tersebut di dalam solat. Bacaan sujud Syahwi adalah SAMA seperti bacaan SUJUD YANG BIASA. TIDAK ada dalil mengenai bacaan sujud Syahwi seperti mana yang dipelajari iaitu " Subhana Malla Yanamu Wa La Yashu " . Untuk penjelasan lebih lanjut, sila klik ( BICARA MUSLIM ) atau ( AL-AHKAM ) . 

    Sujud Syahwi dilakukan SELEPAS Tasyahhud akhir SEBELUM salam sebanyak 2 kali dan diakhiri dengan salam. Bagaimanapun jika anda terlupa juga untuk membuat sujud Syahwi selepas salam atau jahil mengenai perkara terbabit, maka solat anda tetap SAH.



Sumber :
- bicaramuslim.com
- www.metro.com.my
- mzubairafandi.blogspot.com

AJ : Sebelum ni memang keliru dengan bacaan sujud SYAHWI but now Alhamdulillah CLEAR :)

- AJ - 4:22 p.m 11/1/2012

Khasiat Tempe


TEMPE dihasilakan daripada kacang soya yang dapat membantu menghindar penyakit jantung dan kencing manis jika betul cara penggunaanya/ Kandungan protein dan mineral yang tinggi dalam tempe membantu pertumbuhan serta membantu memperbaiki sel badan yang rosak. Tanpa disedari kebanyakan khasiat yang diperlukan dalam badan dapat dibekalkan oleh TEMPE, malah kandungan karbohidratnya juga berfungi sebagai sumber tenaga. TEMPE dipercayai mengandungi Vitamin B12, Protein, Kalsium, Zat besi, Magnesium dan Zink dalam jumlah yang berbeza.

VITAMIN B12 
- Secara umum, bagi pengamal vegetarian tegar tidak mengambil susu dan telur tetapi mereka memerlukan suplemen Vitamin B12. menurut Whitney Graduate Research Fund dari Florida State University, 100 gram tempe mengandungi 0.12 mikrogram Vitamin B12 yang mana ianya boleh diperolehi daripada 1/4 bahagian dada ayam. Secara purata, 6 mikrogram sehari B12 diperlukan dalam tubuh manusia, maka pengamal vegetarian boleh mengambil tempe sebagai sumber Vitamin B12 mereka.

PROTEIN
- Tempe merupakan sumber protein yang sangat bagus. Setiap 100 gram tempe mengandungi 17 gram protein yang mana jumlah protein ini juga boleh didapati dari 100 gram kaki ayam ataupun dalam bahasa jawanya 'ceker'. Tempe menganduingi protein yang lebih tinggi dari keju dan apa yang membuat tempe itu special ialah ianya rendah lemak dan tidak mengandungi kolestrol.

NUTRISI PELBAGAI
- 100 gram tempe mengandungi sekitar 80 mg Kalsium tetapi jumlah ini adalah sangat rendah daripada jumlah kalsium yang terkandung dalam produk-produk tenusu lain. Tempe juga mengandungi Zat besi, Magnesium dan Zink dalam jumlah yang sedikit.

RESEPI SAMBAL TEMPE JAWA AJ


Bahan - Bahan :


- Tempe ( dipotong/hiris ikut suka )
- Kentang ( dipotong/hiris ikut suka )
- Sohon ( direndam dalam air sejuk )
- Ikan bilis
- Lada merah ( dihiris )
- Bawang besar ( dihiris )
- Bawang putih ( dihiris )
- Kicap masin

Cara menyediakan :


1. Tempe dan kentang di goreng terlbih dahulu.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih dan ikan bilis bersama.
3. Masukkan tempe,sohon dan kentang dan gaulkan sehingga sebati. Bagi yang meminati tauhu, boleh juga tambahkan tauhu dalam menu dan pastika  juga tauhu dihiris dan digoreng terlebih dahulu.
4. Campurkan kicap mengikut citarasa anda.

Selamat mencuba...!!!

AJ : Hari ni AJ p kerja bawa bekal sambal tempe goreng jawa ni lah :) AJ memang suka memasak, bawa bekal ke pejabat walaupun duduk bujang. Jimat :)

- AJ - 11:54 a.m 11/1/2012








    

Tuesday 10 January 2012

Hari Kiamat 2012 (1)

TIADA SIAPA BOLEH RAMAL BILA BERLAKU HARI KIAMAT

Golongan tidak memahami Islam memomokkan isu kerana ada kepentingan diri

Masih adakan perbincangan mengenai kiamata atau pengakhiran dunia yang diramalkan berlaku pada 12 Disember 2012 seperti dihujahkan pelbagai pihak kerana adanya bukti menjurus kepada kepercayaan itu? **Boleh rujuk http://amakhluktuhan.blogspot.com/2012/01/hari-kiamat-2012.html**

    Jelasnya, hari kiamat adalah salah satu Rukun Iman dan umat Islam wajib meyakini debagai manifestasi kesempurnaan iman kepada Allah. Hari kiamat juga dipanggil hari kebangkitan, hari pengadilan, hari penyesalan dan beberapa nama lain yang tercatat dalam Al-Quran.

    Biarpun orang Islam wajib mempercayai adanya hari kiamat, tetapi tidak dijelaskan bilakah berlakunya. Pertanyaan bilakah berlakunya hari kiamat telah diajukan kepada Rasulullah.

*sekadar lakaran*
    Hal itu dijawab oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud : " Mereka menanyakan kepadamu mengenai kiamat : Bilakah terjadinya? Katakanlah : Sesungguhnya pengetahua mengenai kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat ( huru - haranya bagi makhluk ) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba - tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan - akan kamu kamu benar - benar mengetahuinya. Katakanlah : Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui " ( Surah Al-A'raf, ayat 187 )

    Bahkan malaikat Israfil yang bertugas meniup sangkakala tanda berlaku kaiamat juga tidak mengetahuinya. Rasulullah S.A.W menjelaskan malaikat Israfil tertunggu - tunggu arahan daripada Allah untuk meniup sangkakala.

*jangan terpedaya...bukan trumpet Israfil ye*
    Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : " Bagaimana boleh aku berasa tenteram dan tenang sementara Malaikat Israfil telah meletakkan trumpet ke dalam mulutnya, menumpukan perhatian dan memusatkan pendengarannya sambil menunggu perintah untuk meniupnya " ( Hadis riwayat Tirmizi ).

    Namun, umat Islam tidak boleh memandang mudah perkara ini. jika momokan mengenai kiamat terus diperkatakan, mungkin orang Islam terutama  yang kurang kefahaman mengenai Islam akan terpengaruh mengenai ramalan kiamat.

    Golongan yang membuat ramalan hari kiamat itu sebenarnya ada kepentingan tertentu. Hakikatnya, apa yang dilakukan turut memberi kemenangan kepada syaitan untuk menyesatkan manusia.

    Ada pihak mengatakan apabila mengetahui akan berlaku kiamat, maka orang akan berlumba - lumba melakukan ibadat dan meninggalkan urusan yang sia -sia, Persoalannya, perlukah kita jadikan kiamat sebagai motivasi melakukan ibadat?

*sekadar hiasan*
Kita lupa, kiamat sebenarnya berlaku setiap hari kepada orang yang meninggal dunia. Ketika itu terputuslah segala peluang untuk melakukan ibadat bagi bekalan hidup di akhirat. mengingati kematian memang di tuntut dalam agama sebagai cara meningkatkan takwa dan rasa keimanan.

    Mengingati mati dapat menyedarkan kita tujuan hidup di dunia tempat mencari bekalan untuk kehidupan di akhirat, iaitu hari selepas kiamat di mana semua manusia dibangkitkan semula bagi menerima pembalasan baik buruk dilakukan sepanjang hidup.

    Banyak manusia takut dan mempercayai ramalan tarikh berlaku kiamat. ironinya mereka lupa pada kematian diri sendiri yang pasti berlaku bila - bila masa saja.

    Sepatutnya kita fikirkan kiamat diri kita, bukannya kiamat dunia. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Bersiaplah dengan bekalan baik untuk kehidupan di akhirat nanti termasuk melakukan amal kebaikan, bertaubat, tidak melakukan maksiat dan kuat beribadat.

    Hendaklah kita istiqamah dalam perkara kebaikan dan konsisten dalam ibadah untuk mencari kemuliaan serta ketakwaan di sisi Allah. jauhkan diri mempercayai perkara karut mengenai ramalan tarikh kiamat.

    Syaitan berusaha untuk menyesatkan manusia dengan memikirkan dan mempercayai perkara karut supaya lalai daripada melaksanakan tanggungjawab kepada Allah dan akhirnya bersama mereka di dalam neraka.

*BUKAN syaitan sebenar*

Firman Allah yang bermaksud : " Sesungguhnya syaitan itu musush bagimu. Maka itu musuhilah dia, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongan yang terpedaya supaya sama - sama menjadi penghuni neraka" ( Surah Fathir, ayat 6 )

Sumber : Berita Harian

AJ : ...tetiba je teringat masa zaman-zaman 'jahiliah' AJ sebelum ni, buat jahat tu memang terpikir pasal dosa dan balasan akhirat...tapi hati yang sombong ni selalu cakap..." alah...semua manusia pun masuk neraka dulu....nanti masuk syurga jugak "...Ya Allah, ampuni hambamu....sehari diakhirat bagaikan beribu-ribu tahun lamanya....sama-sama kita muhasabah diri.

- AJ - 4:13 p.m 10/1/2012