Monday 9 January 2012

Wajib Qada Solat


Solat Fardu yang tertinggal WAJIB diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis, yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.

    Para Ulama fikah dalam Mazhab Syafi'i, Maliki, Hanafi dan Hanbali sepakat bahawa qada wajib diSEGERAkan dalam mengqada solat wajib yang sengaja ditinggalkan tanpa keuzuran kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdoa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera. Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.

WAKTU UNTUK MENGQADA SOLAT

Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada 'Uqbah bin Amir' memberitahu yang bermaksud : Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut; ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. 

    Solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah SOLAT SUNAT manakala SOLAT FARDU (yang diqadakan) tidak ditegah dari melakukannya manakala pendapat ulama di kalangan Mazhab Syafi'i, Maliki dan Hanbali mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.


     Ini disokong oleh pandangan Profesor Dr Sheikh Wahba Mustafa al-Zuhayli menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan : " Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama dad waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja " ( Al-fiqh Al-Islamiy, Jilid 2, Halaman 144 ).Justeru itu dengan nas-nas daripada Al_quran serta Hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja walaupun selepas Subuh dan selepas Asar.

    Ini kerana WAJIB itu kekal WAJIB. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan TERTIDUR atau TERLUPA WAJIB SEGERA mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya. Solat TIDAK BOLEH SELESAI DENGAN TAUBAT SAHAJA. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.

KISAH DULU KALA

Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasa mengantuk sangat sehingga baginda bersabda " " Wahai Bilal, kita telah ditimpa malam " . maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oelh beliau, manakala Rasulullah s.a.w para sahabat terus tidur. Apabila hampir fajar, Bilal menyandarkan badan pada tunggangnya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata : "Demi ayahku dan ibuku apa yang yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimi wahai Rasulullah" . Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat. Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda : " Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku" ( Tahaa : 14, Riwayat Ibn Majah, Jld:1, Halaman : 227 )

CARA MENGQADA SOLAT

Qada solat boleh dilakukan pada bila-bila masa. Sekiranya tidak yakin dengan bilangan solat yang ditinggalkan, cadangannya ialah lakukan solat qada itu SETIAP KALI SELEPAS SOLAT FARDU YANG WAJIB sehingga rasa yakin, InsyaAllah.

Lafaz niat solat pada waktunya "aada-an" ditukar kepada "qada-an", dalam bahasa melayunya..." sahaja aku solat subuh dua rakaat TUNAI kerana Allah Ta'ala" kepada " sahaja aku solat subuh dua rakaat QADA kerana Allah Ta'ala " .




****************************************************


Profesor Dr Sheikh Wahba Mustafa al-Zuhayli dilahirkan pada Tahun 1932 di Dair Atiah, Syria merupakan seorang tokoh ulama dan cendikiawan Islam yang disegani khusunya dalam hukum syarak dan falsafah undang-undang Islam. Beliau kini seorang pendakwah di Masjid Badr, Dair Atiah dan banyak mengarang buku mengenai perundangan sekular dan Islam yang kebanyakannya diterjemah ke dalam bahas inggeris.

No comments:

Post a Comment