Monday 16 January 2012

Kisah Murtad 1


NOR AISHAH BOKHARI

    Aisyah adalah gadis melayu biasa yang dihantar ke sekolah agama, belajar hingga ke tingkatan 6 atas dan layak menjadi Ustazah jika diizinkan Tuhan dan dia juga sebenarnya layak melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Universiti Al Azhar. Berlatar belakangkan keluarga yang warak, bapa dan datuknya merupakan seorang Imam dan yang lebih menakjubkan dia menghafal surah-surah di dalam Al-Quran terutama surah-surah azimat. Betapa hebatnya kurniaan Tuhan kepada Aishah tapi hebat juga dugaan yang Tuhan turunkan untuk Aishah. 

    Selepas tamat persekolahan, Aishah melanjutkan pelajaran ke ITM (UiTM) dan terlibat dalam gerakan Islam di sana. Dia amat mengetahui kelemahan-kelemahan kitab Bible. Jika dipandang luaran fizikal Aishah, dia sama sahaja dengan pelajar perempuan lain, memakai tudung dan baju kurung bunga-bunga. Seorang anak yang sentiasa mengambil berat dan patuh pada ibu bapanya. Hampir setiap hari dia menelefon ibu bapanya untuk bertukar-tukar cerita dan bertanya khabar.

    Sehinggalah satu hari, tanggal 19 November 1997, Aishah menelefon bapanya " Assalamualaikum ayah! Ni Intan cakap.Intan nak bagitahu,Intan dah kristian " (Intan nama panggilan Aishah dalam keluarga) . Bayangkan betapa hancur dan luluhnya hati seorang bapa apabila mendengarkan semua itu. Didikan yang sempurna, pemantauan yang rapi diberikan selama mana ibu bapanya mendidik Aishah sehingga dewasa. Haji Bokhari hanya terdiam dan mampu menangis kebingungan.

    Nur Aishah telah melantik seorang peguam cina kristian bagi menukar agamanya. " Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aishah Bokhari untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aishah MENOLAK DAN MENINGGALKAN AGAMA ISLAM...Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibu bapa, abang dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik "

    Menurut peguam Aishah, permohonan dibuat bagi tujuan membebaskan seseorang yang didakwa ditahan secara salah. Permohonan dibuat di bawah BAB 36 atas alasan ARTIKEL 11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN iaitu HAK KEBEBASAN BERAGAMA

(...ikuti kisah-kisah seterusnya dan fakta-fakta yang boleh dihighlightkan untuk pengetahuan dan renungan bersama...)

AJ : Ya Allah Yang Maha pengasih, pengampun dan Penyayang, engkau berikanlah rahmatMU kepada kami, hidayahMU kepada hati-hati kami supaya kami sentiasa TETAP IMAN dan sentiasa berada di jalan yang lurus. Andai kami terpesong, berikanlah petunjuk dan bimbinglah kami semula untuk terus mentaati perintahMU dunia dan akhirat.

- AJ - 2:47 p.m 16/1/2012


No comments:

Post a Comment