Thursday 12 January 2012

Murtad


*sakit kene gigit nie...*
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah S.A.W berpesan  " Bersegeralah kamu melakukan amalam soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak " Sahabat bertanya " Apakah fitnah besar itu ya Rasulullah?...Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir, petang Islam, pagi kafir balik " Sahabat bertanya lagi " Mengapa begitu ya Rasulullah? " Rasulullah S.A.W menjawab " Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia " Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, " Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap "

*JAUHI ROKOK...selamatkan ISLAM*
    Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Henry Ford (pembuat kereta Ford) pernah menulis berkaitan yahudi tahun 40an atau 30an dahulu di dalam bukunya 'International Jew'.Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Yang paling jelas ialah ROKOK. Setiap sebatang rokokng yang kita beli ada sahamnya kepada puak Yahudi. Kita sebagai umat Islam perlu ambil semua ini sebagai iktibar. Taktik terbaru mereka, letak SEBIJI BOLA di tengah padang stadium, berpuluh ribu umat Islam TIDAK MENUNAIKAN SOLAT. Astagfirullah, tu tak termasuk lagi yang kat rumah.

*sekadar hiasan*
Dikisahkan, sejak kalah di dalam perang salib yang terakhir, sebelum pemerintah ketika itu mati (namanya tak dapat dikesan) sempat menulis wasiat yang ditulis dengan emas di Kota London. " Kepada semua pemimpin - pemimpin KRISTIAN, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar. Kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan AKIDAH yang ada pada mereka. Sebab itu Islam MENANG walaupun 30,000 tentera mereka dengan 30,000 tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati Syahid. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan IDEOLOGI, FAHAMAN dan BUDAYA  ke atas orang ISLAM" . Wasiatnya berjaya dilaksanakan. Pada tahun 1492, Kerajaan Islam Andalusia yang paling agung tumbang di tangan Kristian. Kerajaan Islam Melaka pula tumbang pada tahun 1511 diikuti kerajaan Islam Pattani. Selain tumbangnya kerajaan Islam di Kedah, kerajaan Islam Mindanao dan kerajaan Islam Acheh juga tumbang. (tarikh tidak dapat dinyatakan)

Penyebaran Agama Kristian di Malaysia

*sekadar hiasan*
    Mubaligh Kristian yang datang ke Asia menggunakan kaedah 'GARAM dan RAGI'. Garam sebagai perasa dan ragi untuk penapaian. Sebagai contoh ubi kayu yang mana asalnya ialah ubi kayu, diletakkan ragi, esoknya masih lagi kelihatan seperti ubi kayu tetapi sebenarnya sudahpun menjadi tapai. Begitulah kaedah yang digunakan. mengekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Melalui sistem pendidikan di Malaysia, kita lihat banyak nama mubaligh kristian diguna pakai seperti CONVENT dan SAINT. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim melayu meninggalkan sistem kemasyarakatan atau apa yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut DIGALAKKAN terus mengamalkan apa yang diamalkan selama ini. Justeru itu, ragi tetap wujud dalam keutuhannya. Penyebaran agama kristian terserlah dalam sifat kerohanian bukannya organisasi. Ianya bersikap kalam malah kesegarannya dirasa. Ianya juga tidak bersifat formalistik malah bersifat Dinamik.

    Kristian tidak menganjurkan ahli melayunya menjadi ahli baru kristian yang rasmi, menyendiri dan terpisah dari masyarakatnya TETAPI memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesu bagaikan sebutir ragi yang bertindak sebagai proses penapaian ke atas seluruh masyarakan Melayu Islam. Akhirnya satu masa nanti, orang Islam Melayu tanpa dipaksa akan buat revolusi untuk menjadi kristian. Lihat sahaja sekarang ini beberapa pertubuhan yang kebanyakan ahlinya ialah orang Islam Melayu tanpa kita sedar seperti KELAB ROTARY, KELAB LION, BULAN SABIT MERAH, ST.JOHN'S AMBULANS. Lihat sahaja pada PALANG kemegahan mereka. Mereka masuk dengan menghidupkan sekularisme yang mengasingkan antara agama dan kehidupan dan itulah kita hari ini. Wahai masyarakat Muslim, bangkit dan bertindaklah samada dengan tangan, mulut ataupun dengan cara yang paling lemah sekali iaitu hati.



AJ : " ...Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagiaan. Wahai Rabb, tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian. Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya dan bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan yang diredhai... "
- Kisah / Fakta MURTAD akan ada sambungannya nanti...tunggu...

- AJ - 2:26 p.m 12/1/2012

2 comments: