Monday 2 January 2012

Aktiviti hari pertama 2012....

Seawal jam 6 pagi AJ dan tercelik. Pastu dapatlak sms dari sesorang yang AJ kenal yang mana mungkin hidupnya 'sama' dengan AJ, senasib...tapi Tuhan maha mengetahui segalanya. Biarlah AJ gelar dia dalam blog ni sebagai Adik N (AN) sebab dia masih lagi muda...hehehehe

Sebenarnya kami berkenalan baru je...tak sampai seminggu rasanya (masa post ni ditulis la...). Entah macam mana kami rasa senang berinteraksi, mungkin kami sama-sama menghadapi 'masalah' yang sama. Tuhan maha mendengar, masa kita sunyi, DIA bagi kita kawan...selain daripada zikir, solat dan amal. Alhamdulillah....:)

Ok lah tu pasal AN setle...lepas ni insyaAllah AJ cuba nak kenal AN lebih mendalam berlandaskan hubungan sesama muslim. Berbalik pada aktiviti....1 Januari 2012 takde apa yang AJ plan secara spesifik, tapi yang pasti pagi tu AJ akan ke kedai gunting rambut sebab dah tak tahan...rimas. AJ ni selang 2 minggu mesti kene trim rambut...mana taknya dari kecik dah diajar 'botak', panjang sikit je memang tak tahan...tapi kali ni bertahan 4 minggu sebab last week berangan nak buat rambut style korean...hahahahaa...so apa lagi...pergi jelah trim...buang cita-cita nak buat style korean tu kan...Tapi tak sangka lak banyak kedai tutup 1 Januari ni. Diorang ni tak nak duit ke? Sah-sah masa cuti ramai orang 'free' nak buat semua tu macam gunting rambut, pergi saloon....:) Kedai 'peberet' tutup so AJ pun using jumpa 1 kedai gunting rambut yang tak pernah AJ masuk. Nasib baik buka, servis pun boleh tahan cuma 'ganas' sikit masa di potong tu la...sebab terluka kat belakang leher ni...adehhh...pedih....

Lepas je pergi gunting rambut, kawan ajak pergi ronda-ronda pet shop nak survey barang berkaitan sambil 'cuci mata'. Rupanya kawan AJ ni dah start buat bisnes jual binatang peliharaan macam arnab dan kucing. AJ tak tau pun. AJ memang minat nak ada haiwan peliharaan tapi sebab alahan dengan bulu-buluan 'mereka'...maka lupakan je lah niat tu. Kalau tak nanti asyik 'mengepam' je....hehehe. Faham tak? Yang ada asma je faham kot...Banyak juga kedai kami lawati dan ada juga la barang yang kami beli selain daripada tu dapat tengok telatah haiwan-haiwan comel yang di'pamer'kan di setipa kedai. Ha...itulah yang dimaksudkan 'cuci mata'. Mesti tadi korang dah fikir lain kan...:) Pastu sempat lagi singgah tepi jalan makan durian 2 biji, rambutan sekilo. Kami berempat habis licin durian dan rambutan tu. Maha Suci Allah nikmat persahabatan kami, bahagia kami rasa :)

Setle jalan-jalan, sesi melepak lagi rupanya tak habis. Sambung tengok cerita-cerita yang mudah di download dari internet sambil tu kami berborak-borak pasal kehidupan. Alhamdulillah kawan-kawan memahami AJ yang sedikit-sedikit sedang berubah. Walapun seharian berjalan, Tuhan senangkan urusan AJ dapat solat lima waktu. Faham-faham je lah kalau keluar dengan kawan-kawan ni kan ada yang 'faham' urusan kita ada yang tak. Tapi pada AJ tak perlu risau apa kawan kata bila kita minta excuse nak solat tapi perlu risau apa yang akan Tuhan nak 'bagi' samada di dunia atau akhirat nanti kalau kita tak jalankan suruhanNya. Sampai lah ke malam AJ melepak kat rumah kawan lepas Hang out sama-sama sepanjang hari.

SO, ni je la coretan AJ untuk aktiviti 2012 ni. sekadar perkongsian maya untuk pembaca-pembaca semua. UNTUK AN : Biar sakit di dalam, kita tunjukkan kekuatan diluaran kita. Kita ada Allah untuk mendengar...murahkan bibir dengan zikir tatkala gundah...solat juga adalah ubat yang terbaik untuk kita :)


Motivasi AJ : Mencari kawan itu adalah mudah, tetapi memahami kawan bukannya mudah. Andai kawan tidak memahami kita, cari jalan supaya kawan itu dapat memahami kita dengan cara yang terbaik.


**nak sambung tengok cerita Barbie : Princess Charm School**


AJ 9:46 2/1/2012

2 comments: