Friday 6 January 2012

Kisah 'SONGSANG' (3)

TORONTO, Kanada – Pihak pengurusan Zoo Toronto di sini mengumumkan bahawa mereka akan memisahkan dua ekor penguin jantan di zoo berkenaan selepas kedua-dua haiwan tersebut menonjolkan perlakuan gay.
Dalam satu kenyataan media , pihak Zoo Toronto memberitahu bahawa keputusan memisahkan dua ekor penguin Afrika bernama Pedro dan Buddy itu dibuat bagi mengekalkan kesinambungan spesies terancam berkenaan.
Menurut kenyataan sama, Pedro dan Buddy akan disatukan semula selepas ‘mereka’ mengawan dengan penguin betina lain di zoo berkenaan. – Reuters


AJ : Penguin pun makhluk Tuhan juga kan..cuma bezanya ianya tidak dikurniakan akal untuk membezakan sesuatu...Maha Suci Allah...

- AJ - 3:51 p.m 6/1/2012

No comments:

Post a Comment