Monday 2 January 2012

Tahun Baru 2012...

Assalamualaikum....selamat pagi pembaca blog sekalian. Alhadulillah syukur Tuhan masih beri udara untuk kita bernafas hari ini untuk menikmati kehidupan indah duniawi. So...nak citer ape yerr??? Hurrrmmm maybe AJ nak kongsikan sesuatu pasal life AJ dan kalau boleh AJ nak jadikan blog ini bukan sekadar 'diari' hidup AJ tapi sebagai bacaan yg bermanfaat untuk pembaca blog semua....insyaAllah.

Sambutan Tahun Baru


Alhamdulillah, sambutan tahun baru kali ni AJ 'dipilih' untuk sama-sama meraikannya di Masjid bersama-sama yang lain. Seawal 6.30 petang AJ dah start motor merempit ke Masjid...hehehe. Merempit jer belum mampu nak pakai kereta. Nak masuk kawasan Masjid tempat yang AJ nak pergi ni akan lalu 1 tapak karnival betul-betul dekat dengan Masjid tu. Punyalah ramai manusia sampaikan naik motor pun 'jem'. Tapi AJ sempat juga sampai Masjid sebelum majlis bermula. Oh ye lupa nak beritau, Masjid yang AJ pergi ni ada buat bacaan yassin, tahlil dan ceramah tahun baru.

Sampai je Masjid AJ ambil wudhu dan masuk ke Masjid. 'Kagum' bila lihat keadaan dalam Masjid, nampaknya lagi 'ramai' daripada yang ada kat tapak karnival tadi....takpelah kan itu urusan mereka dengan Tuhan, semoga mereka semua dirahmati..Sesudah maghrib, program diteruskan dengan Solat Hajat, bacaan yassin dan tahlil. Biasalah imam akan terangkan kafiat solat hajat sebelum start, simple je yang Masjid ni buat. Jom AJ share style solat hajat yang dianjurkan Imam Masjid masa tu :

1. Niat macam biasa tanpa makmum atau imam

2. Rakaat pertama lepas Al-Fatihah, baca surah Al-Kafirun ataupun yang setara dengannya

3. Rakaat kedua lepas Al-Fatihah, baca surah Al-Ikhlas ataupun surah-surah yang setara dengannya.

4. Lafazkan hajat/permintaan lepas bacaan lazim masa sujud terakhir....(**biasalah masa tu Imam minta jemaah semua 'minta' ditetapkan iman untuk diri sendiri dan semua umat, hidup dalam perpaduan, aman....dimurahkan rezeki dan segalan urusan...pastu tambahan hajat masing-masing)

Yup...lain tempat lain ilmu lain cara solat hajat tu disempurnakan, tapi yang penting nawaitu yang sama memohon pada Allah atas sesuatu hajat yang kita mahukan, insyaAllah usaha, tawakal dan doa. Cuma AJ tertanya apa maksud Imam tu 'surah yang setara dengannya, kalau ada pembaca yang tau jom la share dengan AJ k.... Habis je solat hajat, majlis bacaan yassin diteruskan. Entahlah...AJ tak pasti kenapa masa bacaan yassin dimulakan, AJ teresak-esak sendiri secara tiba-tiba. Sebenarnya masa solat hajat sujud akhir tu pun AJ dah rasa sebak tapi AJ kawal lagi, tapi bila masuk sesi bacaan yassin, air mata memang tak dapat nk bendung. Jauh sangat AJ sesat selama ni, sedangkan jalan yang AJ dah 'pilih' sekarang ni sangat indah. Kenapa AJ tak nampak selama ni??? Allahuakhbar... Segan juga masa tu sebab imam perasaan. Tapi AJ rasa lega dan tenang walapun menangis masa tu....AJ istighfar banyak-banyak dan seduah selesai tahlil AJ ambil wudhu balik untuk teruskan dengan isya' pula.

Ok la kita masuk bab ceramah pulak k. Tak banyak yang AJ boleh share sebab rasa masa ceramah tu, fikiran AJ melayang jauh sangat. Agaknya masuk kanan keluar kiri masa tu. Cuma ingat imam tu kata..." Alhamdulillah dan tahniah anda semua di dalam Masjid ni, pada hari ini adalah orang yang diberi Hidayah untuk menyambut Tahun Baru dengan cara Islam, cara yang indah..." hehehehe...takdela membangga diri, tapi tiba-tiba teringat last year sambut tahun baru sanggup naik LRT turun ke Dataran Merdeka, KL bersesak-sesak tengok konsert...punyalah rasa DUNIA INI ANA YANG PUNYA...hehehehe...tapi Alhamdulillah nampaknya sikit-sikit AJ dapat berhijrah :)

Habis ceramah AJ tak terus balik ke rumah, tapi keluar jugak la dari Masjid tu. Nak tau AJ ke mana? ke mana lagi, jiwa muda-mudi still nak lepak-lepakkan...so AJ pun pergi lepak mamak berdekatan dengan kawan-kawan and lepas tu ada sorang kawan ajak lepak rumah dia ramai-ramai layan cerita-cerita best. AJ pun join la sebab 'dah lama' rasanya tak hang out dengan kawan-kawan. Sempat lagi tengok bunga api sebab rumah kawan ni kat tingkat 15, sempat 'pause' cerita kejap semata-mata nak tengok bunga api...:) Cadang nak stay sampai subuh, tapi mata ni kene rehat, otak kene 'tidur' sekejap, dalam pukul 2 pagi AJ pun beredar pulang. Nasib baiklah rumah 10 minit je jauhnya....Sampai rumah, ambil wudhu, bentang toto depan TV...layankan mata then tidur.....ZZzzzZZZZzzzz

Motivasi AJ : Apa pun masalah yang mendatang, jangan tunjukkan luarannya pada umum. Bergaul dan buatlah apa sahaja seperti biasa kerana 'diam dan menyendiri' itu bukanlah ubatnya...Moga Allah sentiasa membantu dalam menyelesaikan masalah kita...InsyaAllah :)





2 comments:

  1. bagus! :) good AJ

    ReplyDelete
  2. AO, harap semua yg AJ amalkan ni berkekalan hendaknya...InsyaALlah

    ReplyDelete