Wednesday 11 January 2012

Khasiat Tempe


TEMPE dihasilakan daripada kacang soya yang dapat membantu menghindar penyakit jantung dan kencing manis jika betul cara penggunaanya/ Kandungan protein dan mineral yang tinggi dalam tempe membantu pertumbuhan serta membantu memperbaiki sel badan yang rosak. Tanpa disedari kebanyakan khasiat yang diperlukan dalam badan dapat dibekalkan oleh TEMPE, malah kandungan karbohidratnya juga berfungi sebagai sumber tenaga. TEMPE dipercayai mengandungi Vitamin B12, Protein, Kalsium, Zat besi, Magnesium dan Zink dalam jumlah yang berbeza.

VITAMIN B12 
- Secara umum, bagi pengamal vegetarian tegar tidak mengambil susu dan telur tetapi mereka memerlukan suplemen Vitamin B12. menurut Whitney Graduate Research Fund dari Florida State University, 100 gram tempe mengandungi 0.12 mikrogram Vitamin B12 yang mana ianya boleh diperolehi daripada 1/4 bahagian dada ayam. Secara purata, 6 mikrogram sehari B12 diperlukan dalam tubuh manusia, maka pengamal vegetarian boleh mengambil tempe sebagai sumber Vitamin B12 mereka.

PROTEIN
- Tempe merupakan sumber protein yang sangat bagus. Setiap 100 gram tempe mengandungi 17 gram protein yang mana jumlah protein ini juga boleh didapati dari 100 gram kaki ayam ataupun dalam bahasa jawanya 'ceker'. Tempe menganduingi protein yang lebih tinggi dari keju dan apa yang membuat tempe itu special ialah ianya rendah lemak dan tidak mengandungi kolestrol.

NUTRISI PELBAGAI
- 100 gram tempe mengandungi sekitar 80 mg Kalsium tetapi jumlah ini adalah sangat rendah daripada jumlah kalsium yang terkandung dalam produk-produk tenusu lain. Tempe juga mengandungi Zat besi, Magnesium dan Zink dalam jumlah yang sedikit.

RESEPI SAMBAL TEMPE JAWA AJ


Bahan - Bahan :


- Tempe ( dipotong/hiris ikut suka )
- Kentang ( dipotong/hiris ikut suka )
- Sohon ( direndam dalam air sejuk )
- Ikan bilis
- Lada merah ( dihiris )
- Bawang besar ( dihiris )
- Bawang putih ( dihiris )
- Kicap masin

Cara menyediakan :


1. Tempe dan kentang di goreng terlbih dahulu.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih dan ikan bilis bersama.
3. Masukkan tempe,sohon dan kentang dan gaulkan sehingga sebati. Bagi yang meminati tauhu, boleh juga tambahkan tauhu dalam menu dan pastika  juga tauhu dihiris dan digoreng terlebih dahulu.
4. Campurkan kicap mengikut citarasa anda.

Selamat mencuba...!!!

AJ : Hari ni AJ p kerja bawa bekal sambal tempe goreng jawa ni lah :) AJ memang suka memasak, bawa bekal ke pejabat walaupun duduk bujang. Jimat :)

- AJ - 11:54 a.m 11/1/2012








    

No comments:

Post a Comment