Wednesday 4 January 2012

WINDOW PERIOD...

22 Disember 2011....

Tarikh apa ye kat atas tu...??? Untuk pengetahuan semua itu adalah tarikh TERAKHIR AJ versi 'songsang'. ** Maaf bukan nak aibkan diri tapi senang yang baca nak faham** Rasanya dari tarikh tu, macam-macam perasaan timbul, macam-macam benda fikir hanya kerana 1 entry di internet...bak kata Insan yang AJ kenal dari blog AHP...'TUHAN' saja nak POKE AJ...:)

(boleh rujuk entry sebelum ni)

Alhamdulillah nampaknya 'POKE' tu menjadi sangat, perubahan perlahan-lahan tapi ketara lah juga. Sebelum ni fikir kalau subuh bangun awal or bangun malam untuk solat sunat dah dok pikir CONFIRM memang tak cukup tidur, kerja mengantuk. TAPI sangkaan tu meleset sangat...malah rasa segar bugar sepanjang hari...ala menguap tu standard lah kan...take nap 10 minit dah ok  :)

Berbalik pada tarikh di atas....hari ni 4 JANUARI 2012 sudah 2 minggu AJ TINGGALKAN semua tu...menurut kata 'PAKAR' AJ kene tinggalkan terus hidup berisiko yang AJ lalui selama ni...perhatikan keadaan kesihatan diri, kalau ada sedikit perubahan cepat-cepat berjumpa doktor. TAPI cukup 3 bulan, 6 bulan nanti kene juga buat full blood test...dan kalau boleh AJ nak terus menerus buat check up setiap 3 bulan selepas tu...insyaAllah

Kecut perut gak la terkenangkan semua tu...tapi sedikit demi sedikit AJ penuhi ilmu di dada bagi menghadapi segala kemungkinan. Harapan biarlah yang baik-baik sahaja berlaku pada AJ...

Setiap kali habis solat, AJ berdoa mereka2 yang senasib dgn AJ, yg nak berubah macam AJ dikuatkan semangat, diberi petunjuk dan bimbingan supaya menjadi Insan yang diredhaiNya...amin...:)

AJ : belum sempat nak geledah nak bagi BLOG cantik...sebab musim 'bz' AJ dah start...nanti AJ kasi cantik ini blog ok....:) Happy working ...Assalamualaikum

AJ : 12.21 p.m       4/1/2012







1 comment:

  1. **MAAF AJ bukan BERANGAN hidup bergelumang dgn HIV...malah minta jauh...jangan terasa JANGGAL membaca blog ini kerana ini hanyalah sekadar luahan AJ yang baru ingin menapak memulakan hidup baru samada dengan atau tanpa HIV...insyaAllah :)

    ReplyDelete